First Love

Cinta pandang pertama atau lebih dikenali as first love. Apa itu first love?? Macam mana perasaan bila first love? Apa beza first love and love2 yang lain? So guys.. Hari ni aku nak share topic on first love yang aku tahu pasal first love.

Before tu... Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Thank you for participate in my blogger and harap blogger ni boleh membantu mengisi masa lapang anda ok? Hahaha. Jadi, back to our topic tadi, about first love. Aku yakin mostly akan ada first love dalam life korang sama ada serious or tak tu belakang kira k? Yang pasti ada. Bagi yang belum ada tu... Aku doakan first love korang tu husband or wife korang nanti and selamanya cinta penghujung hayat ok. Tapi janganlah sampai melebihi cinta korang pada Allah SWT. Itu paling utama dalam hidup. 

Ok guys.. First love? Bagi pendapat aku, cinta pandang pertama ni sometimes works, sometimes tak. And tak semua couple lalui fasa ni. First love ni someone yang bila kau pandang dia, terus suka, terus jatuh cinta tanpa ada sebab. Kalau ada sebab itu.. Maybe bukan first love tapi cinta nafsu semata-mata hahaha. So, nak dijadikan cerita, aku pernah ada first love tapi masalahnya aku masih tak faham if it really works in my life or not. Why? Sebab aku ada pernah terbaca one article pasal this couple. Aku tak berapa ingat sangatlah cerita diaorang ni sebab time dulu aku baca. This couple is first love to each other. Then, maybe lah kot ada masalah or salah faham, diaorang clash and after 6 years later, diaorang jumpa balik but in different situation. Which means, both of them ada pasangan masing2. But then, one day diaorang plan nak jumpa lah, kira nak tanya khabar and spend time together gitu. Alih2 diaorang cerita and luahkan perasaan to each other pasal pasangan diaorang and rasakan macam takde chemistry lah dan sewaktu dengannya. Lastly, at end of the day, diaorang get married. Why? Maybe sebab diaorang masih ada perasaan towards each other and yakin they meant to be.

So guys... Based on cerita tadi, aku rasa first love ni depends dengan ketentuan Allah SWT nak satukan korang atau tak. Kalau tak disatukan tu janganlah sedih sebab mungkin last love kau tengah menanti kehadiran kau dalam life dia which is to become your husband or wife. Bagi yang berjaya with their first love tuuu.. Btw, congrats k? Sebab tak semua orang dapat rasa. Is just like kau crush and at the end kau kawen dengan crush kau but not all of us can feel it that way. Hanya insan2 yang terpilih sahaja. 

Maybe ada yang tertanya2 boleh or dapat ker kita nak move on dari first love ni? Ok, bagi aku laa kan, aku terus terang yang aku takde tips nak move on untuk korang. Sebab? Aku pun tak terfikir nak move on dari first love aku cause aku pun tak pasti dengan perasaan aku towards first love aku. Maybe nak move on susah or takes time. Sebab kadang certain people punya first love ni, cinta yang teramat2 sangat2 gitew... So it's hardlaa to forget kan. But, it's ok. Kalau dah jodoh korang dengan first love tu, jauh macam mana pun.. Halangan banyak mana pun.. Tetap milik korang jugak one day. So don't try to hard sangat. Believe in Allah's plan. And He always give a better plan for you. 

Last sekali... Nak jawab lah soalan kat atas tadi, perbezaan first love dari love2 yang lain. Aku ada baca jugak pasal perbezaan ni tapi aku ringkaskan laa k? First love ni dia more to main2 laa a.k.a cinta monyet but sometimes or might someday cinta monyet ni jugaklaa jodoh korang.. So, aku nasihatkan jangan take for granted sangat hehehe. Next, second love.. Yang ni bila korang jumpa someone yang ajar korang erti keikhlasan, kejujuran and kesetiaan dalam percintaan or perhubungan. Masa ni lah korang akan rasa heartbroken sangat2 bila orang yang korang sayang tu mengkhianati cinta korang or tak tepati janji. Benda ni berlaku if korang tak rasa masa first love lah ok? Yang last, third love. Yang ni dia datang sendiri without you notice pun. Tetiba je muncul entah dari sudut mana keluar. This love jaranglah orang rasai kalau tak istikarah betul2. Sebab dia macam cinta dari Allah yang sesuai untuk diri korang. Masa ni korang rasa bahagia sangat2 sampai tak tahu sebab apa korang nak sangat dia disisi korang. Jadi, itulah beza first love dr love2 yang lain. 

Generally, aku just nak pesan. Tak kesah lah love ke-berapa sekali pun.. Don't ever beg for it. Why? Sebab love is not desperation. Love is life. Cinta adalah kehidupan. Bukan sekadar perasaan tapi membuatkan kita merasai kehidupan yang lain dari life kita sendiri. Which means.. Kita share our life dengan pasangan kita to make it more colourful with happiness. Bukan suram tanpa warna. Make your life with your partner's life feel that way. Barulah korang understanding each other. 

That's all that I can share about first love. Thank you for your time to read and enjoy!!!

#PelangiCinta

Comments

Popular posts from this blog

09.04.2020

Sakit Atau Heartbroken?

How You Define Love?